Bahan-bahan
- 250 g marjerin (pelangi)
- 250 g gula halus
- 5 biji telur sederhana besar
- 250 g tepung kek (blue key)
- 100 g serbuk koko
- 1 sudu teh perasa vanila
Cara membuat
- putar marjerin dan gula halus hingga putih.
- masukkan telur satu demi satu dan putar 2 minit.
- masukkan perasa vanila dan koko.
- akhir sekali masukkan tepung kek sedikit demi sedikit hingga habis.
- gaul mengikut arah jam hingga sebati.
- rehatkan adunan kek selama 5 minit.
- sementara itu,sapukan marjerin pada kertas minyak yang telah siap di ukur mengikut saiz loyang kek.
- Tuangkan adunan kek tadi secara perlahan.
- Bakar kek dengan suhu 160°C selama 1 jam atau hingga masak.
**** Cubalah resepi saya ni.. mesti jadi.. Rasanya seperti kek nenek moyang kita kerana kek ini menggunakan marjerin. Kosnya pun murah dan caranya sangat mudah. Selamat mencuba....