JOM TENGOK RESIPI KAK YATI. MACAM-MACAM ADA

Jumaat, 5 Februari 2010


Jom buat nasi goreng kampung ala Kak Yati



Bahan-bahan


1 mangkuk nasi putih
1 sudu besar sambal belacan
200 g daging
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putuh
1 sudu sos ikan
1 biji telur
2 batang kangkung
50 g ikan bilis (goreng garing
Garam
Serbuk perasa


Cara buat


~ Tumis bawang sampai naik bau
~ Masukkan sambal belacan dan daging,biarkan masak hingga daging lembut.
~ Masukkan telur dan kangkung.
~ Masukkan nasi,sos ikan,garam.serbuk perasa dan gaul rata.
~ Taburkan ikan bilis dan sedia untuk di hidang...


***cubalah..emmmmm...





Jom buat kuih ketayap pandan ala Kak Yati




Bahan-bahan

100 g tepung gandum
1 biji telur
250 ml santan
Garam
2 helai daun pandan

Bahan inti
1 cawan kelapa parut putih
100 g gula melaka atau gula merah
30 g gula pasir
Garam
Sedikit air
Sehelai daun pandan

Cara membuat

~Buat inti dulu..Masak air dan gula melaka hingga mendidih.Kemudian masukkan kelapa dan daun pandan. Masak sampai kering. Sejukkan dan ketepikan.
~Masukkan semua bahan kulit kedalam mangkuk.dikacau sebati dan di tapis.
~Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak. Kemudian tuangkan 2 sudu besar adunan pada kuali tadi dan jadikan adunan tadi nipis. Seperti kita buat lempeng. Biarkan masak atau sedikit garing baru di angkat.
~Isikan inti kelapa tadi diatas lapisan dadar dan gulung kemas..

**cuba lah...pasti sedap... Caranya pun mudah dan bahannya mudah dapat..






Jom buat sulaman silang pangkah...

Jika kita ada waktu lapang, jom buat sulaman silangpangkah ni..sekarang ni,kat kedai barangan jahitan dah ada di jual siap dengan frame nyer sekali. Senang...dalam set tu pun di sediakan contoh lakaran sulaman. Macam-macam gambar yang boleh kita pilih. Contohnya...lihatlah antara sulaman yang saya dah buat ni...