JOM TENGOK RESIPI KAK YATI. MACAM-MACAM ADA

Rabu, 20 Januari 2010

Jom Buat Kek Coklat




Kek coklat

Bahan-bahan

  • 250 g marjerin (pelangi)
  • 250 g gula halus
  • 5 biji telur sederhana besar
  • 250 g tepung kek (blue key)
  • 100 g serbuk koko
  • 1 sudu teh perasa vanila

Cara membuat

  • putar marjerin dan gula halus hingga putih.
  • masukkan telur satu demi satu dan putar 2 minit.
  • masukkan perasa vanila dan koko.
  • akhir sekali masukkan tepung kek sedikit demi sedikit hingga habis.
  • gaul mengikut arah jam hingga sebati.
  • rehatkan adunan kek selama 5 minit.
  • sementara itu,sapukan marjerin pada kertas minyak yang telah siap di ukur mengikut saiz loyang kek.
  • Tuangkan adunan kek tadi secara perlahan.
  • Bakar kek dengan suhu 160°C selama 1 jam atau hingga masak.

**** Cubalah resepi saya ni.. mesti jadi.. Rasanya seperti kek nenek moyang kita kerana kek ini menggunakan marjerin. Kosnya pun murah dan caranya sangat mudah. Selamat mencuba....