JOM TENGOK RESIPI KAK YATI. MACAM-MACAM ADA

Sabtu, 27 Mac 2010

Mesen Jahit Toyota

Inilah mesen jahit yang saya gunakan untuk ambil upah jahit langsir. Kecil, tapi mesen ni boleh jahit pita langsir dan jenis kain yang agak tebal. Dah banyak juga tempahan langsir yang saya jahit. Dari yang menggunakan spring hinggalah yang menggunakan rail dan rod besi..Pattern yang agak rumit yang pernah buat ialah jenis scallop. Jenis banyak menggunakan ukuran. Pening gak kepala nak buatnya. Dan pattern yang agak senang dan simple ialah jenis boxpleat dan roman blind. Boxpleat ni ukurannya semuanya sama. Roman blind pula simple sebab tak ada kedut cuma menggunakan batang besi untuk kelihatan cantik.Antara contoh-contoh pattern langsir yang pernah saya buat :-

Avon kupu-kupu

Avon kupu-kupu ni lah yang saya gunakan masa mula-mula saya buat biskut. Avon ni juga lah yang banyak berjasa pada saya. Bayangkan hampir 5000 biji tart nanas gulung saya bakar menggunakan avon ni. Tu belum lagi biskut-biskut yang lain. Kalau kenangkan masa tu rasa nak menangis pun ada. Tapi Allah itu maha mengetahui. Dia berikan saya kepayahan dulu baru saya dapat kesenangan. Sekarang ni saya dah guna avon jenama Singer dan Pansonic. Alhamdullilah..Satu pantun dari saya :-
Berenang-renang ke hulu,
Berakit-rakit ketepian,
Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang kemudian..

Sabtu, 20 Mac 2010

Jom Buat Almond London Ala Kak yati


Almond London

Bahan-bahannya...
200 g marjerin
55 g ising sugar
1 biji kuning telur
280g tepung
20 g kastard
20 g susu tepung
20 g kacang tumbuk
Badam potong
Coklat masakkan
Mangkuk kertas

Cara buatnya..
Bakar badam hingga kekuningan. Campurkan kesemua bahan doh. Uli hingga lembut. Rehatkan doh selama 15 minit. Cairkan coklat masakkan dengan cara double boiler. ( didihkan air dalam periuk,letakkan coklat kedalam bekas lain (kuali pun boleh) ke atas periuk tadi. Campurkan sedikit minyak jagung untuk kilatkan coklat. Biarkan cair dan sesekali godak guna senduk.Sejukkan sebelum diguna.
Bulatkan doh sebesar ibu jari,leperkan doh dan masukkan badam potong tadi. Bulatkan semula. Susun kedalam loyang dan bakar hingga kekuningan. Setelah masak,letakkan dalam mangkuk kertas. Tuangkan coklat masakkan tadi hingga biskut tenggelam. (nak celup pun boleh,lagi jimat)..akhir sekali taburkan kacang tumbuk. Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas.

***cubalah...

Jom Buat Kek Hati Pari

Kek Hati Pari

Bahan-bahannya..
10 biji telur
1 cawan gula halus
1 botol gula hitam
1 kg kismis ( tumbuk )
4 cawan tepung gandum
1 botol kecil horlick
16.02 mentega
1 sudu kecil bikarbonat
1 tin susu manis

Cara buatnya..
Mentega dipukul dengan susu hingga kembang. Di mangkuk yang lain,pukul telur hingga putih. Satukan adunan tadi. Masukkan susu dan gaul sebati..Ayak tepung gandum dan bikarbonat kedalam adunan tadi. Pukul hingga sebati. Masukkan pula gula hitam,kismis dan gaul lagi.. Akhir sekali kukus selama 8 jam..

**Resipi ni dari kakak ipar dari Sarawak. ( kak Shila )..cubalah..

Rabu, 10 Mac 2010


Biskut Mama Caries

Bahan-bahannya
250 gm mentega
350 gm tepung gandum
100 gm gula aising
150 gm tepung jagung
1 sudu kecil vanila

Bahan lapis atas
250 gm gula aising
1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit nescafe

Cara buat lapis atas
Campurkan gula,putih telur dan tepung jagung. Pukul hingga pekat. Bahagikan kepada 2 bahagian dan1 bahagian dicampurkan dengan nescafe.

Cara menyediakan biskut
Campurkan mentega dengan gula aising dan pukul hingga kembang, kemudian masukkan vanila. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sebati. Setelah sebati jadikan doh kemudian terapkan dengan acuan. Setelah itu sapukan bahagian atasnya dengan adunan lapisan atas yang berwarna putih tadi. Titiskan pula dengan doh nescafe kemudian lorekkan dengan lidi untuk mendapatkan corak.
Bakar hingga masak.

Slide Kluarga

Sabtu, 6 Mac 2010

Jom Buat Ais Krim Malaysia..

Ais Krim Bandung

Bahan-bahannya..
Sirap
Susu pekat
Gula
Air
Plastik ais krim

Cara buat
Campurkan kesemua bahan,pastika air sirap bandung tadi agak manis, sebab ais krim akan jadi tawar sedikit setelah ia beku. Tuangkan air bandung tadi kedalam plastik ais krim. Jangan terlalu penuh kerana memudahkan untuk mengikat plastik tadi.

***cubalah..anak-anak mesti suka. Lagi2 di musim panas ni..

Rabu, 3 Mac 2010


JOM BUAT KEK PANDAN..

Bahan-bahannya..

250 g marjerin
250 g gula kastor
5 biji telur
250 g tepung kek
2 penutup botol asen pandan
1/2 sudu kecil pwarna hijau

Cara buatnya
Griskan loyang pembakar. Panaskan oven selama 15 minit. Putar marjerin dan cula kastor hingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi. Masukkan pula asen pandan. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Akhir sekali masukkan pewarna hijau. Gaul hingga warna hijau menjadi rata. Rehatkan kek 5 minit. Tuangkan adunan tadi kedalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 180 drjh selama 50 minit.

***Cubalah...rasanya pasti sedap dan caranya mudah dan murah...