Inilah mesen jahit yang saya gunakan untuk ambil upah jahit langsir. Kecil, tapi mesen ni boleh jahit pita langsir dan jenis kain yang agak tebal. Dah banyak juga tempahan langsir yang saya jahit. Dari yang menggunakan spring hinggalah yang menggunakan rail dan rod besi..Pattern yang agak rumit yang pernah buat ialah jenis scallop. Jenis banyak menggunakan ukuran. Pening gak kepala nak buatnya. Dan pattern yang agak senang dan simple ialah jenis boxpleat dan roman blind. Boxpleat ni ukurannya semuanya sama. Roman blind pula simple sebab tak ada kedut cuma menggunakan batang besi untuk kelihatan cantik.Antara contoh-contoh pattern langsir yang pernah saya buat :-
Sabtu, 27 Mac 2010
Avon kupu-kupu
Avon kupu-kupu ni lah yang saya gunakan masa mula-mula saya buat biskut. Avon ni juga lah yang banyak berjasa pada saya. Bayangkan hampir 5000 biji tart nanas gulung saya bakar menggunakan avon ni. Tu belum lagi biskut-biskut yang lain. Kalau kenangkan masa tu rasa nak menangis pun ada. Tapi Allah itu maha mengetahui. Dia berikan saya kepayahan dulu baru saya dapat kesenangan. Sekarang ni saya dah guna avon jenama Singer dan Pansonic. Alhamdullilah..Satu pantun dari saya :-
Berenang-renang ke hulu,
Berakit-rakit ketepian,
Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang kemudian..
Berenang-renang ke hulu,
Berakit-rakit ketepian,
Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang kemudian..
Rabu, 24 Mac 2010
Sabtu, 20 Mac 2010
Jom Buat Almond London Ala Kak yati
Almond London
Bahan-bahannya...
200 g marjerin
55 g ising sugar
1 biji kuning telur
280g tepung
20 g kastard
20 g susu tepung
20 g kacang tumbuk
Badam potong
Coklat masakkan
Mangkuk kertas
Cara buatnya..
Bakar badam hingga kekuningan. Campurkan kesemua bahan doh. Uli hingga lembut. Rehatkan doh selama 15 minit. Cairkan coklat masakkan dengan cara double boiler. ( didihkan air dalam periuk,letakkan coklat kedalam bekas lain (kuali pun boleh) ke atas periuk tadi. Campurkan sedikit minyak jagung untuk kilatkan coklat. Biarkan cair dan sesekali godak guna senduk.Sejukkan sebelum diguna.
Bulatkan doh sebesar ibu jari,leperkan doh dan masukkan badam potong tadi. Bulatkan semula. Susun kedalam loyang dan bakar hingga kekuningan. Setelah masak,letakkan dalam mangkuk kertas. Tuangkan coklat masakkan tadi hingga biskut tenggelam. (nak celup pun boleh,lagi jimat)..akhir sekali taburkan kacang tumbuk. Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas.
Jom Buat Kek Hati Pari
Kek Hati Pari
Bahan-bahannya..
10 biji telur
1 cawan gula halus
1 botol gula hitam
1 kg kismis ( tumbuk )
4 cawan tepung gandum
1 botol kecil horlick
16.02 mentega
1 sudu kecil bikarbonat
1 tin susu manisCara buatnya..
Mentega dipukul dengan susu hingga kembang. Di mangkuk yang lain,pukul telur hingga putih. Satukan adunan tadi. Masukkan susu dan gaul sebati..Ayak tepung gandum dan bikarbonat kedalam adunan tadi. Pukul hingga sebati. Masukkan pula gula hitam,kismis dan gaul lagi.. Akhir sekali kukus selama 8 jam..
**Resipi ni dari kakak ipar dari Sarawak. ( kak Shila )..cubalah..
Rabu, 10 Mac 2010
Biskut Mama Caries
Bahan-bahannya
250 gm mentega
350 gm tepung gandum
100 gm gula aising
150 gm tepung jagung
1 sudu kecil vanila
Bahan lapis atas
250 gm gula aising
1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit nescafe
Cara buat lapis atas
Campurkan gula,putih telur dan tepung jagung. Pukul hingga pekat. Bahagikan kepada 2 bahagian dan1 bahagian dicampurkan dengan nescafe.
Cara menyediakan biskut
Campurkan mentega dengan gula aising dan pukul hingga kembang, kemudian masukkan vanila. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sebati. Setelah sebati jadikan doh kemudian terapkan dengan acuan. Setelah itu sapukan bahagian atasnya dengan adunan lapisan atas yang berwarna putih tadi. Titiskan pula dengan doh nescafe kemudian lorekkan dengan lidi untuk mendapatkan corak.
Bakar hingga masak.
Sabtu, 6 Mac 2010
Jom Buat Ais Krim Malaysia..
Cara buat
Campurkan kesemua bahan,pastika air sirap bandung tadi agak manis, sebab ais krim akan jadi tawar sedikit setelah ia beku. Tuangkan air bandung tadi kedalam plastik ais krim. Jangan terlalu penuh kerana memudahkan untuk mengikat plastik tadi.
***cubalah..anak-anak mesti suka. Lagi2 di musim panas ni..
Ais Krim Bandung
Bahan-bahannya..
Sirap
Susu pekat
Gula
Air
Plastik ais krim
Campurkan kesemua bahan,pastika air sirap bandung tadi agak manis, sebab ais krim akan jadi tawar sedikit setelah ia beku. Tuangkan air bandung tadi kedalam plastik ais krim. Jangan terlalu penuh kerana memudahkan untuk mengikat plastik tadi.
***cubalah..anak-anak mesti suka. Lagi2 di musim panas ni..
Rabu, 3 Mac 2010
JOM BUAT KEK PANDAN..
Bahan-bahannya..
250 g marjerin
250 g gula kastor
5 biji telur
250 g tepung kek
2 penutup botol asen pandan
1/2 sudu kecil pwarna hijau
Cara buatnya
Griskan loyang pembakar. Panaskan oven selama 15 minit. Putar marjerin dan cula kastor hingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi. Masukkan pula asen pandan. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Akhir sekali masukkan pewarna hijau. Gaul hingga warna hijau menjadi rata. Rehatkan kek 5 minit. Tuangkan adunan tadi kedalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 180 drjh selama 50 minit.
***Cubalah...rasanya pasti sedap dan caranya mudah dan murah...
Bahan-bahannya..
250 g marjerin
250 g gula kastor
5 biji telur
250 g tepung kek
2 penutup botol asen pandan
1/2 sudu kecil pwarna hijau
Cara buatnya
Griskan loyang pembakar. Panaskan oven selama 15 minit. Putar marjerin dan cula kastor hingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi. Masukkan pula asen pandan. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Akhir sekali masukkan pewarna hijau. Gaul hingga warna hijau menjadi rata. Rehatkan kek 5 minit. Tuangkan adunan tadi kedalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 180 drjh selama 50 minit.
***Cubalah...rasanya pasti sedap dan caranya mudah dan murah...
Jumaat, 5 Februari 2010
Jom buat nasi goreng kampung ala Kak Yati
Bahan-bahan
1 mangkuk nasi putih
1 sudu besar sambal belacan
200 g daging
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putuh
1 sudu sos ikan
1 biji telur
2 batang kangkung
50 g ikan bilis (goreng garing
Garam
Serbuk perasa
Cara buat
~ Tumis bawang sampai naik bau
~ Masukkan sambal belacan dan daging,biarkan masak hingga daging lembut.
~ Masukkan telur dan kangkung.
~ Masukkan nasi,sos ikan,garam.serbuk perasa dan gaul rata.
~ Taburkan ikan bilis dan sedia untuk di hidang...
***cubalah..emmmmm...
Jom buat kuih ketayap pandan ala Kak Yati
Bahan-bahan
100 g tepung gandum
1 biji telur
250 ml santan
Garam
2 helai daun pandan
Bahan inti
1 cawan kelapa parut putih
100 g gula melaka atau gula merah
30 g gula pasir
Garam
Sedikit air
Sehelai daun pandan
Cara membuat
~Buat inti dulu..Masak air dan gula melaka hingga mendidih.Kemudian masukkan kelapa dan daun pandan. Masak sampai kering. Sejukkan dan ketepikan.
~Masukkan semua bahan kulit kedalam mangkuk.dikacau sebati dan di tapis.
~Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak. Kemudian tuangkan 2 sudu besar adunan pada kuali tadi dan jadikan adunan tadi nipis. Seperti kita buat lempeng. Biarkan masak atau sedikit garing baru di angkat.
~Isikan inti kelapa tadi diatas lapisan dadar dan gulung kemas..
**cuba lah...pasti sedap... Caranya pun mudah dan bahannya mudah dapat..
Jom buat sulaman silang pangkah...
Jika kita ada waktu lapang, jom buat sulaman silangpangkah ni..sekarang ni,kat kedai barangan jahitan dah ada di jual siap dengan frame nyer sekali. Senang...dalam set tu pun di sediakan contoh lakaran sulaman. Macam-macam gambar yang boleh kita pilih. Contohnya...lihatlah antara sulaman yang saya dah buat ni...
Khamis, 4 Februari 2010
Jom Buat Kraftangan...
Jam dinding rumah rosak????? Jangan di buang,ada gunanya. Kita boleh buat tempat letak gambar kat dalam jam tu. Tapi kenalah buangkan jarum-jarum dalam jam tu dulu. Lepas tu buka cerminnya. Carilah gambar-gambar yang kita nak letakan dalam jam tu. Ukur dan lekatkan dengan double tape. Setelah siap pasangkan semula cermin jam dan dah siap. Gantungkan pada dinding... cuba lihat gambar ni,inilah hasil yang saya buat. Ada jam tu tak rosak,tapi saya saja rosakan tok buat frame gambar..
Jom Buat Teh Tarik Tiga Warna
Caranya senang jer..
Mula-mula,tuang susu 3 sudu kecil yang di campur dengan air panas sehingga setengah gelas. Tarik susu hingga berbuih. Kemudian tuangkan pati teh panas secara perlahan. Terjadilah teh 3 warna.. Resepi ni di ajar oleh Kak Salbiah Hamzah. (bos kantin STK).. Cubalah..
Rabu, 3 Februari 2010
Jom hias kerusi makan...
Kerusi makan juga kita boleh hias supaya nampak cantik dan berseri. Kita tak payah la nak sarung keseluruhan kerusi tersebut, cuma buatkan sarung di bahagian atas sahaja.. Caranya cukup mudah. Dengan 1 meter kain, kita boleh dapat 3 keping sarung kerusi tersebut. Cara pertama,kita kena dapatkan bentuk atas kerusi.. baringkan kerusi di atas sekeping kertas,kemudiaan lukiskan separuh bentuk kerusi tersebut.. Letakkan lukisan kertas tadi pada kain dan gunting. Buatkan 2 keping dan jahit. Lihat la hasil yang saya buat untuk kerusi makan saya... Selamat mencuba...
Jom ubah suai langsir rumah kita.
Langsir rumah????? Mesti pening kepala sebab memikirkan setiap kali nak raya kena tukar langsir kann? Saya ada cadangan untuk anda..
~ Jika tahun 2008, langsir rumah kita warna merah..
~ Dan tahun 2009 warna putih..
~ Jadi....apa kata tahun 2010 ni langsir rumah kita warna merah dan putih??
Maknanya..langsir tahun 2008 kita gabungkan dengan langsir tahun 2009, jadilah langsir tahun 2010.. Kita boleh juga tokok tambah dengan renda... Cuba tengok gambar langsir rumah saya nii.. Inilah salah satu cara kita nak berjimat.. Betul tak??
Jom ubah suai kerusi lama...
Kerusi kayu yang popular satu ketika dulu, jika kita tak nak gunakan lagi, jangan di buang... Kita boleh mencantikkannya jika perlu... Contohnya kita boleh cat semula dengan warna kegemaran kita.. Ataupun kita boleh hiaskan dengan cara skirting. Cuba tengok gambar nii.. kita boleh letakan depan TV ke,dalam bilik tidur ke, atau mana-mana tempat yang kita rasa sesuai..
Jom Buat Tat Nanas Gulung
Bahan-bahannya..
2oo g mentega (Fern / buttercup)
55 g gula aising
2 biji kuning telur
280 g tepung gandum
20 g tepung kastard
20 g susu tepung
Jem nanas.
Cara buat..
Gaulkan mentega dengan gula aising hingga sebati.
masukkan kuning telur,tepung gandum,kastard dan susu tepung.
Uli hingga doh menjadi lembut. Rehatkan selama 15 minit.
Panaskan ketuhar.
Ambil acuan tart,dan terapkan keatas loyang.
Letakkan jem nanas,dan gulung.
Sapukan kuning telur keatas tart tadi.
Susun kedalam loyang pembakar dan bakar selama 20 minit.
*** Selamat mencuba....
Rabu, 20 Januari 2010
Jom Buat Kek Coklat
Bahan-bahan
- 250 g marjerin (pelangi)
- 250 g gula halus
- 5 biji telur sederhana besar
- 250 g tepung kek (blue key)
- 100 g serbuk koko
- 1 sudu teh perasa vanila
Cara membuat
- putar marjerin dan gula halus hingga putih.
- masukkan telur satu demi satu dan putar 2 minit.
- masukkan perasa vanila dan koko.
- akhir sekali masukkan tepung kek sedikit demi sedikit hingga habis.
- gaul mengikut arah jam hingga sebati.
- rehatkan adunan kek selama 5 minit.
- sementara itu,sapukan marjerin pada kertas minyak yang telah siap di ukur mengikut saiz loyang kek.
- Tuangkan adunan kek tadi secara perlahan.
- Bakar kek dengan suhu 160°C selama 1 jam atau hingga masak.
**** Cubalah resepi saya ni.. mesti jadi.. Rasanya seperti kek nenek moyang kita kerana kek ini menggunakan marjerin. Kosnya pun murah dan caranya sangat mudah. Selamat mencuba....
Langgan:
Catatan (Atom)