JOM TENGOK RESIPI KAK YATI. MACAM-MACAM ADA

Jumaat, 5 Februari 2010




Jom buat kuih ketayap pandan ala Kak Yati




Bahan-bahan

100 g tepung gandum
1 biji telur
250 ml santan
Garam
2 helai daun pandan

Bahan inti
1 cawan kelapa parut putih
100 g gula melaka atau gula merah
30 g gula pasir
Garam
Sedikit air
Sehelai daun pandan

Cara membuat

~Buat inti dulu..Masak air dan gula melaka hingga mendidih.Kemudian masukkan kelapa dan daun pandan. Masak sampai kering. Sejukkan dan ketepikan.
~Masukkan semua bahan kulit kedalam mangkuk.dikacau sebati dan di tapis.
~Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak. Kemudian tuangkan 2 sudu besar adunan pada kuali tadi dan jadikan adunan tadi nipis. Seperti kita buat lempeng. Biarkan masak atau sedikit garing baru di angkat.
~Isikan inti kelapa tadi diatas lapisan dadar dan gulung kemas..

**cuba lah...pasti sedap... Caranya pun mudah dan bahannya mudah dapat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan