JOM TENGOK RESIPI KAK YATI. MACAM-MACAM ADA

Jumaat, 5 Februari 2010


Jom buat nasi goreng kampung ala Kak Yati



Bahan-bahan


1 mangkuk nasi putih
1 sudu besar sambal belacan
200 g daging
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putuh
1 sudu sos ikan
1 biji telur
2 batang kangkung
50 g ikan bilis (goreng garing
Garam
Serbuk perasa


Cara buat


~ Tumis bawang sampai naik bau
~ Masukkan sambal belacan dan daging,biarkan masak hingga daging lembut.
~ Masukkan telur dan kangkung.
~ Masukkan nasi,sos ikan,garam.serbuk perasa dan gaul rata.
~ Taburkan ikan bilis dan sedia untuk di hidang...


***cubalah..emmmmm...





Jom buat kuih ketayap pandan ala Kak Yati




Bahan-bahan

100 g tepung gandum
1 biji telur
250 ml santan
Garam
2 helai daun pandan

Bahan inti
1 cawan kelapa parut putih
100 g gula melaka atau gula merah
30 g gula pasir
Garam
Sedikit air
Sehelai daun pandan

Cara membuat

~Buat inti dulu..Masak air dan gula melaka hingga mendidih.Kemudian masukkan kelapa dan daun pandan. Masak sampai kering. Sejukkan dan ketepikan.
~Masukkan semua bahan kulit kedalam mangkuk.dikacau sebati dan di tapis.
~Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak. Kemudian tuangkan 2 sudu besar adunan pada kuali tadi dan jadikan adunan tadi nipis. Seperti kita buat lempeng. Biarkan masak atau sedikit garing baru di angkat.
~Isikan inti kelapa tadi diatas lapisan dadar dan gulung kemas..

**cuba lah...pasti sedap... Caranya pun mudah dan bahannya mudah dapat..






Jom buat sulaman silang pangkah...

Jika kita ada waktu lapang, jom buat sulaman silangpangkah ni..sekarang ni,kat kedai barangan jahitan dah ada di jual siap dengan frame nyer sekali. Senang...dalam set tu pun di sediakan contoh lakaran sulaman. Macam-macam gambar yang boleh kita pilih. Contohnya...lihatlah antara sulaman yang saya dah buat ni...

Khamis, 4 Februari 2010






Jom Buat Kraftangan...

Jam dinding rumah rosak????? Jangan di buang,ada gunanya. Kita boleh buat tempat letak gambar kat dalam jam tu. Tapi kenalah buangkan jarum-jarum dalam jam tu dulu. Lepas tu buka cerminnya. Carilah gambar-gambar yang kita nak letakan dalam jam tu. Ukur dan lekatkan dengan double tape. Setelah siap pasangkan semula cermin jam dan dah siap. Gantungkan pada dinding... cuba lihat gambar ni,inilah hasil yang saya buat. Ada jam tu tak rosak,tapi saya saja rosakan tok buat frame gambar..

Jom Buat Teh Tarik Tiga Warna

Caranya senang jer..

Mula-mula,tuang susu 3 sudu kecil yang di campur dengan air panas sehingga setengah gelas. Tarik susu hingga berbuih. Kemudian tuangkan pati teh panas secara perlahan. Terjadilah teh 3 warna.. Resepi ni di ajar oleh Kak Salbiah Hamzah. (bos kantin STK).. Cubalah..














Jom kita renung-renungkan... Kuasa Allah mengatasi segalanya... Sama-samalah kita hayati dan insafinya... insyaallah..

Rabu, 3 Februari 2010

Jom hias kerusi makan...

Kerusi makan juga kita boleh hias supaya nampak cantik dan berseri. Kita tak payah la nak sarung keseluruhan kerusi tersebut, cuma buatkan sarung di bahagian atas sahaja.. Caranya cukup mudah. Dengan 1 meter kain, kita boleh dapat 3 keping sarung kerusi tersebut. Cara pertama,kita kena dapatkan bentuk atas kerusi.. baringkan kerusi di atas sekeping kertas,kemudiaan lukiskan separuh bentuk kerusi tersebut.. Letakkan lukisan kertas tadi pada kain dan gunting. Buatkan 2 keping dan jahit. Lihat la hasil yang saya buat untuk kerusi makan saya... Selamat mencuba...



Jom ubah suai langsir rumah kita.

Langsir rumah????? Mesti pening kepala sebab memikirkan setiap kali nak raya kena tukar langsir kann? Saya ada cadangan untuk anda..
~ Jika tahun 2008, langsir rumah kita warna merah..
~ Dan tahun 2009 warna putih..
~ Jadi....apa kata tahun 2010 ni langsir rumah kita warna merah dan putih??
Maknanya..langsir tahun 2008 kita gabungkan dengan langsir tahun 2009, jadilah langsir tahun 2010.. Kita boleh juga tokok tambah dengan renda... Cuba tengok gambar langsir rumah saya nii.. Inilah salah satu cara kita nak berjimat.. Betul tak??

Jom ubah suai kerusi lama...


Kerusi kayu yang popular satu ketika dulu, jika kita tak nak gunakan lagi, jangan di buang... Kita boleh mencantikkannya jika perlu... Contohnya kita boleh cat semula dengan warna kegemaran kita.. Ataupun kita boleh hiaskan dengan cara skirting. Cuba tengok gambar nii.. kita boleh letakan depan TV ke,dalam bilik tidur ke, atau mana-mana tempat yang kita rasa sesuai..



Di kilang Kek Lapis Dayang Salhah ni,cara dia orang buat kek lapis nampak macam senang jer..tak payah guna avon litrik,cuma guna api gas jer..satu lagi dia tak payah nak tutup-tutup avon..di biar terbuka je..tengok la gambar ni...



Semasa melawat ke kilang Kek Lapis Dayang Salhah...Memang best tempat tu.. Macam-macam jenis kek lapis yang ada kat situ.. Rambang biji mata tengok.. Saya berhabis hingga RM200 untuk beli kek lapis sahaja..

Suamiku dan anak buahnya...

Adam..anakku yang ke 2..

Semasa bercuti ke Sarawak..

Gambar anak-anak saya...

Jom Buat Tat Nanas Gulung


Bahan-bahannya..


2oo g mentega (Fern / buttercup)
55 g gula aising
2 biji kuning telur
280 g tepung gandum
20 g tepung kastard
20 g susu tepung
Jem nanas.

Cara buat..

Gaulkan mentega dengan gula aising hingga sebati.
masukkan kuning telur,tepung gandum,kastard dan susu tepung.
Uli hingga doh menjadi lembut. Rehatkan selama 15 minit.
Panaskan ketuhar.
Ambil acuan tart,dan terapkan keatas loyang.
Letakkan jem nanas,dan gulung.
Sapukan kuning telur keatas tart tadi.
Susun kedalam loyang pembakar dan bakar selama 20 minit.

*** Selamat mencuba....